Wednesday, July 20, 2005

Perihal En. Demam

Dah lama blog ni senyap sunyi tak terupdate rupanya. Blog siapalah ni? hehehe..

Tiga - empat hari yang lalu En. Demam datang menjenguk saya lagi, dan sempena kedatangannya itu, saya terpaksa cuti beberapa hari. Bukan macam kedatangan yg lepas, kali ini dia tak bawa En. Batuk dan Cik Selesema sekali, yang dia bawa cuma En. Tonsilitis. Saya rasa En. Ton ini lagi buruk perangainya dari En. Batuk dan Cik Selesema. Saya amat meradang dengan En. Ton sampai suara saya pun dah macam rock star.

Saya bukannya apa, kalau dulu-dulu En. Demam datang mungkin bukan satu kesukaran bagi saya, tapi sekarang setelah saya dewasa, saya dah amat tak suka dengan En. Demam lagi. Dulu, kalau En. Demam datang dan pada masa itu mak ayah saya ada, saya sangat suka. Kalau saya nak sup, mak saya buatkan, kalau saya nak jeli, mak saya belikan, kalau saya nak suap, mak saya suapkan. Ayah saya pulak, akan duduk sebelah saya. Dia urutkan kaki saya, urutkan tangan saya, urutkan kepala saya, sampai tertidur. Kalau saya yang tertidur, dia berhentilah. Tapi kalau dia yang tertidur, saya gerakkan badan saya supaya dia terjaga dah urut badan saya semula.

Kadang-kadang kalau En. Demam datang, dia bawa sekali Pn. Muntah. Dalam keluarga saya, memang Pn. Muntah suka sekali dengan saya, tapi saya tak suka dia. Kakak dan adik saya selalu gaduh-gaduh siapa yang kena basuh kalau saya termuntah atas tilam, atas cadar, atas selimut. Saya tak sengaja, saya tak tahan. Kalau mak ayah saya tak ada, kakak saya suka suruh saya duduk dekat dengan tingkap bilik atau dekat dengan toilet, nanti dia tak payahlah nak gaduh-gaduh dengan adik siapa yang nak kena basuh.

Dulu kalau En. Demam datang, mak ayah saya bawa saya ke klinik, kena cucuk sekali kat punggung dan doktor bagi ubat warna warni. Saya suka ubat yang Dr. Fakharuddin bagi, manis macam gula-gula, tak macam ubat Dr. Nagiah, tak sedap, pahit, kelat, yuckk! Ubat Dr. Nagiah selalunya saya buang ke tingkap je. Tapi ada satu masa tu mak saya perasan, terus dia marah saya. Dia membebel kata "macam mana nak sihat kalau tak nak makan ubat?". Dia tak tahu saya memang tak nak baik sebab tak payah pegi sekolah dah dapat kena urut dengan ayah. Lepas tu saya tukar taktik, saya sorokkan ubat bawah tilam. Bila saya sihat nanti saya buanglah!

Satu lagi yang seronoknya kalau En. Demam datang dulu-dulu, atuk saya kadang-kadang datnag melawat. Atuk saya pandai mengubat saya. Dia pun pandai mengubat orang lain, tak hairanlah! Dia bukan bagi ubat macam Dr. Fakharuddin atau Dr. Nagiah, dia cuma buatkan air yang dia dah baca-baca lepas sembahyang. Kalau dia tak dapat datang pun, mak akan bagi saya kain pelikat atuk. Nanti saya peluk-peluk kain tu, letak atas kepala, buat selimut. Kakak dan adik saya kalau dilawati En. Demam pun guna kain pelikat atuk. Sekarang saya pun tak tahu kat mana mak simpan kain pelikat atuk. Nanti kejap lagi saya tanya dia.

Sekarang, masa mengetuk key-board ni, suhu badan saya (seperti ditunjukkan thermometer) masih lagi 37.8 darjah Celcius. En. Demam belum betul-betul pergi lagi. Oklah, saya nak tidur di surau!

4 comments:

Anonymous said...

effa..demam rupanya awak..selamat ke batang berjuntai yer..sangat panas tempat itu tandus dan pedalaman pula..ahakss...jgn lupa tengukkan adikku yer

waris said...

Demam sampai dapat berlama-lamaan di rumah mak.. HEAVEN! Ni sedang berpindah ke berjuntailah ni, terpaksalah offline beberapa minggu. Tengokkan je y, tak boleh nak bully? bully boleh!

Anonymous said...

nak bulie...?bulie ler..effa..

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP pcs+cell+phone+plans+compared Free xxx fucking hardore videos Car amplifiers parts h3 hummer roof rack Jersey city new jersey culinary school divorce papers Laser tattoo removal terrell cheap motorola v501 cell phone without plans Pittsburgh sports show Chronic pain management oxycontin 2004 Celexa versus lexapro