Aku rasa nak menangis sekarang. Aku nak menjerit. Aku nak baring atas rumput hijau dan melihat bintang berkerlipan di dada langit malam. Aku nak lari, jauh dari sini.
Pathetic.
Kalau engkau dengar apa yang aku rintihkan sekarang, engkau fahamkah? Engkau ambil kisahkah? Engkau pedulikah? Kalau engkau sempat dengar butir bicara aku sebelum gagang kau letakkan, engkau ambil pusingkah?
Pathetic.
Sungguh memalukan perkara ini untuk makhluk seusia aku. Jurnal yang tak bersalah ini jadi gelanggang aku menyepah kata duka aku pada engkau. Semua orang baca dan tahu. Engkau tak. Kalau pun engkau baca dan tahu, engkau mahu ambil pusingkah?
Selalu aku kata dan kotakan yang kau takkan seorang dalam segala apa keadaan pun. Dan kerana janji itu, aku bersedia dari segala hal, dalam setiap masa, di mana pun juga untuk engkau. Dan kerana janji itu juga, separuh hidup aku hampir semuanya untuk engkau. Engkau ambil pusingkah?
Pathetic.
Dan bila kesumat itu datang sekali sekala, aku terlalu ingin nak jadi manusia kejam untuk engkau. Aku teramat sangat ingin melihat engkau menangis seorang, merajuk seorang dan bersedih dengan diri engkau sahaja. Tapi aku tak mampu. Kerana janji itu.
Pathetic.
Engkau tak ambil pusing kan? Dan mungkin juga perasaan ini datang sebab aku kurang baca Al-Quran.. Harap akulah.
2 comments:
Mana orang yang tak ambil pusing tu? Bawak dia sini sikit, nak pelangkong kapla dia sampai dia pusing!
Itu dia kak lela, ada orang dah menyerah diri. Tapi kalau dia kira pelangkong kapla 270 darjah je, orang yang sebenarnya pusing 360 darjah!
Post a Comment