Friday, June 15, 2007

Hey kamu, dengar sini


Kami membesar bersama. Walau pada kebiasaannya dia sentiasa lebih besar daripada saya. Dulu dia 40kg lebih besar dari saya, tapi sekarang sudah tinggal 10kg saja saya ketinggalan. Dan bukan saya yang membesar, itu fakta, haha.

Kalau saya mahu cerita tentang pengecilan saiz badan, saya kurang arif tentang itu. Tapi saya mahu cerita tentang kawan saya tadi. Selama ini saya sentiasa bersyukur dan gembira untuk dia, saya fikir dia sudah happily ever after dengan kawan saya yang seorang lagi, rupanya tidak. Cerita sebelah pihak menunjukkan yang si teruna terkeliru dengan perasaan sendiri, lalu memutuskan hubungan. Saya tak pernah suka dengan cerita sebegini. Kawan saya tadi sedikit tersentak dan hiba. Dia kata dia ok, tapi saya tahu sakitnya tetap berbisa.

Semua orang pernah rasa sakitnya cinta tak menjadi. Semua orang tahu. Kalau yang tidak pernah tahu pun mesti pernah lihat adegan patah hati; menangis, menjerit, membaling itu ini, sembahyang, mengamuk, memaki. Ada adegan dalam televisyen dan alam nyata. Relatifnya adegan putus cinta ini sama sahaja, pahit dan memenatkan. Ada yang makan masa berminggu, berbulan, bertahun dan ada yang sampai sudah lali. Dan saya sebagai penonton pada aksi-aksi begini biasanya cuma mendiam diri, melihat dan mendengar apa yang patut.

Selain penonton, sebenarnya saya juga pernah menjadi orang putus cinta. Saya pilih watak yang paling baik untuk dilakon dan digaya-gayakan, akhirnya saya cuma jadi orang yang menangis 2-3 hari tanpa pelakon tambahan. Kesakitan itu sangat susah nak dikongsikan. Saya kurang sakit pada luka pertama, mungkin kerana saya masih muda dan attention span saya pada dia kurang lama. Luka kedua dan ketiga berlarut-larutan, luka dan sembuh sendiri. Sama macam kawan saya tadi, luka dia kali ini kurang memberi kesan (sebab dia ada penyembuhnya, haha).

Cuma saya ingin sekali memberi amaran, pada kawan saya yang seorang lagi ini, yang saya rasa telah memberi parut pada hati kawan saya, don't mess with my friends. Sekali ini cukup. Kalau kamu buat juga teruk kamu nanti saya kerjakan! Takut tak?

Tuesday, June 05, 2007

Strange

It was a good weekend. Suriani's & Azean's wedding (congrats girl, strange enough that both of the hubby names are Khairil & Khirul Nizam). And my best friend wedding -Zaini.

Saya datang ke rumah Zaini seorang diri, memakai baju kurung polos coklat dan kasut tumit tinggi. Kebetulan waktu saya sampai pengantin baru sahaja diarak masuk ke rumah. Saya nampak Zaini and his partner, sweet and complement each other so well. Saya maklum dan saya rasa ramai orang maklum akan soalan yang akan ditanya kepada orang seperti saya apabila berjumpa dalam majlis perkahwinan. Tetapi soalan itu tak wujud pun selama saya hadiri majlis perkahwinan Zaini. Dari saya berpura-pura menyertai rombongan pengantin, makan, mendukung anak kawan, menyapa kawan-kawan sehinggalah saya ambil keputusan untuk pulang awal. Strange, very strange. Biasanya saya akan bersusah payah terpaksa mencipta hujah separuh masak untuk soalan itu.

So, akhir sekali saya dengan baju coklat dan kasut tumit tinggi pun balik sahaja ke rumah dengan perasaan penuh hairan. Cerita ini belum tamat. Ketika saya sampai ke kereta, saya terus mengeluarkan kunci kereta dan penuh ajaib sekali lagi, alarm kunci kereta saya tidak mahu berfungsi. Puas ditekan-tekan ditenyeh-tenyeh, tak mahu juga dia terbuka. Saya mula naik angin, waktu paneh menyongge inilah kereta saya mahu buat lawak. Kemarahan saya mula membuak, setelah pujuk rayu pun tak makan, saya pun beri kereta saya satu tendangan hikmat. Dan bermulalah episod kereta saya bernenong-nenong di tengah khalayak majlis kahwin. Saya malu bukan kepalang dan terus berusaha keras. Orang disekitar mula memerhati.

Ketika itulah ada seorang budak lelaki berambut kerinting datang kepada saya dan bertanya. "Ada apa kak?". "Ni ha, alarm rosak kot" jawab saya dan membelek-belek alarm yang rupa-rupanya bukan alarm kereta yang biasa saya pakai. Saya pun tak faham macam mana saya boleh terlupa yang hari itu saya memakai kereta yang lain, yang saya park few cars away dibelakang kereta itu, dan saya pun hairan macam manalah saya boleh tidak perasan yang kereta itu bukan kepunyaan saya, cuma model dan warnanya sama. "Bukan rosak tu, salah alarm tu kak" kata budak itu lagi.

Saya yang teramat malu akhirnya terpaksa mengaku dan pergi begitu sahaja tanpa meminta maaf kerana telah menyepak kereta dia. Ohh.. minta maaf lah ye. Saya terus rasa ajaib memikirkan bagaimana saya telah memalukan diri sedemikian rupa. Strange but true.