Saturday, January 29, 2005

Cursed

You are my sunshine, my only sunshine, you make me happy when skies are grey.. (MZ awarded me with this song not too long ago, thanks pal!) Ok, let talk about principal; the key to a successful friendship is communication. That's the rule. And that still my corollary to the first rule. And i failed at this.

I said: "You know it isnt the best way of doing it, right? You are seriously dating him, that's why (people putting 'slut' after your name)". On a friend who's dating a guy while both of them are in a relationship. But she said i'm JEALOUS.

I said: "I know you want to be near me at all time as we always used to be but i think that i have my (very bloody own) life to take with". And she said i DONT CARE.

I said: "I know i am socially single and getting older now, but i dont think i have to get a boyfriend this soon." To my friend a.k.a unofficial matchmaker. And she said i am not be THANKFUL.

First of all, I wasn't aware that I was giving the impression that friendship is something bad to live with. I'm here merely stating the facts, without bias or embellishment: a simple camera pointed at the scene, recording it with complete neutrality. I am, frankly, shocked and disturbed that my friends might think i communicate to make the case that i am, say, jealous, dont care or not be thankful! Perfectly put into practice there, you can see, Sherlock Holmes's rule that, "Once you have eliminated the impossible, whatever remains, however improbable must be the truth." I am not anymore a sunshine. Not even a sigle lit. Not even at all. No!

Thursday, January 27, 2005

Haiku hari Khamis



Aku dan kamu
Tujuh belas hari kah?
Itu pilihan.

Wednesday, January 19, 2005

Hujan



Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari kudendang
Jangan dikenang orang jauh
Jangan pulang
Jangan tinggalkan ku sorang
Belum puas kebercumbu dengan kanda..

Petang ni hujan lagi.

Tuesday, January 18, 2005

Dimudik dihilir

Aku sudah mula malas menulis dan malas membaca. Aku sudah mula kekeringan idea. Atau aku sudah mula menyampah dengan aku? uhh, jangan! Aku paksa diri menulis, sebab nanti orang kata blog aku dah mati (walau sebenarnya dah nazak). Dengan kemenyampahan itu jugak, aku tak mahu cerita pasal aku kali ni. Mungkin aku kena bercerita pasal orang lain. Orang yang lain selain aku. Contohnya Fauzan.

Fauzan kawan aku sekolah rendah. Dia sudah besar, bermisai dan berjanggut, tapi aku masih cam dia. Dia bawa perempuan comel yang dikata bini. Shahrin pun kawan sekolah rendah dan jiran depan rumah. Shahrin bakal arkitek. Shahrin ada kawannya yang hitam manis tinggi lampai itu. Shidah tinggal sebelah rumah Shahrin. Shidah sudah sibuk melayan si Ahmad sambil mendukung si Aiman. Suhana si engineer duduk PJ. Rumahnya seberang padang seberang jalan rumah aku. Suhana dan aku selalu kata "who's next?" atau "there she/he goes" dengan senyum kelat yang melekat. Si Fuad cikgu UPM duduk sebelah rumah Suhana. Dulu masa main titik-titik pen hitam pen merah atas buku matematik aku dia selalu kata "pokoknya pokok kelapa L". Aku tak faham, sampai sekarang.

Suhaimi, Izhan, Wati, Irwan.. aku tak dapat cerita semuanya. Semuanya kawan-kawan aku masa sekolah rendah. Jumpa kawan sekolah rendah, aku rasa masih hingusan. Hai.. setelah dimudik dihilir tetap sebulat semuara.. harap-harap akulah!

Monday, January 10, 2005

10 Hari



10 hari selepas tahun baru aku dah mula berlari-lari di tasik dealing with weight control. 10 hari selepas tahun baru aku belum kemaskini buku akaun, yang kononnya akan dikumpulkan dan digunakan untuk vacation, beli telescope & blah.. blah.. blah.., stop renting and start buying. 10 hari selepas tahun baru aku belum lagi daftar diri untuk kelas renang konon untuk menyelamat orang kalau si tsunami datang sini. 10 hari selepas tahun baru dah, tapi satu artikel atau journal pun haram belum siap. Dan 10 hari selepas tahun baru juga sandiwara kuih pau dan lolipop aku masih belum berhasil sebagai taktik mengorat. Aku ada 355 hari lagi, kalau umur panjang..