Hari ni saya dengan rasa sangat bodohnya telah tertangkap kerana menipu. I am not a good liar. Then, orang yang saya cuba tipu biasanya tahu yang saya menipu. Kronologinya begini; saya diminta untuk menyiapkan satu kertas kerja untuk seorang professor sebelum hujung minggu lepas. Almaklum kemalasan yang teramat sangat, saya lewat.
Jadi hendak dijadikan cerita, professor ini yang baru sahaja balik dari luar negara terus sahaja berjumpa saya. Katanya dia masih lagi jet leg, baru sahaja sampai ke Malaysia, belum pun sempat ke pejabat. Katanya lagi dia mahu terus pulang ke rumah. Bila ditanya mengapa dia tak terima kertas kerja itu sebelum ke luar negara, saya menjawab "sorry, saya baru hantar semalam" dengan penuh yakin.
Saya sebenarnya masih belum lagi menghantarnya, dan sangka saya, sempatlah malam ini saya bersusah payah, berhempas pulas, bekerja keras menyiapkannya dan awal pagi esok, akan saya hantar dulu sebelum ke makmal. Dia tanya saya lagi "betul hantar semalam?" Saya pun angguk-angguk dengan kuat. "Betul! esok jelah prof ambil" Dari muka berkerut, dia tersenyum simpul.
"Betul-betul hantar semalam?" dia tanya lagi. Dan kali ni saya angguk makin kuat. Dan masa saya mengangguk-angguk itulah dia kata "semalam hari ahad" Dia ketawa kuat dan kata "Tipu!" Aduh, dan kali itu saya pula senyum kelat.
Saya ingat lagi kali pertama saya menipu. Masa itu umur saya 6 tahun. Di tadika, saya punya seorang pesaing yang mantap; sama pandai dan sama popular. Syahrin namanya. Saya memang gila kuasa, semuanya hendak berebut dengan dia. Tapi bila saya dipilih untuk mengetuai bacaan Al-Quran setiap pagi Jumaat dan menjadi ketua senamrobik, saya rasa saya sudah menang besar.
Satu hari yang mulia, hari Isnin, saya masih ingat, Syahrin tak hadir ke sekolah. Lagi saya rasa saya makin menang sebab saya tak pernah ponteng. Esoknya, Syahrin yang masih lagi selesema tanya pada saya apa yang kami belajar semalam. Saya tipu dan katakan yang kami belajar lagu baru. Saya mula menyanyi "ada sebuah pondok di tengah sawah padi, matahari bersinar petani pun penat.." Not lagu lintang pukang. Saya sendiri tahu lagu itu tak menarik. Untuk menambahkan sakit hati Syahrin, saya katakan "lagu tu cikgu tak ajar dah hari lain, semalam je" Saya senyum lebar. Syahrin mengeluh panjang. Dan saya menang lagi.
Itulah kali pertama saya menipu, dan ada juga banyak kali lagi saya buat cerita dongeng bila rasa terusik. Oh, minta maaflah kepada sesiapa yang saya pernah tipu. Dan saya rasa orang pun memang tahu saya menipu. Kecuali kalau saya memuji dengan perkataan "best, cantik, baik", sungguh saya tak tipu! Agaknya kalau Syahrin tak percayakan saya waktu itu mesti saya berhenti menipu. Semuanya salah Syahrin.. hehehe..
1 comment:
Very cool design! Useful information. Go on! Cape may new jersey camping Bikini bottom slip shirts 17 Cleanse to help eczema Batch ovens Martinique home decor acyclovir site Adderall without an precription Custom mantel shelves nj moving companies in arizona Oral sex causes throat cancer I need past winning lottery numbers anywheere rgb digital color printing Zwanger cellulites Anetta keys blowjob Rosacea li cures farmers insurance mike gubrud http://www.used-audi-chertsey.info Home insurance lowest nc rate Contact lens rule
Post a Comment