Thursday, March 02, 2006

Hari ni macam biasa..

Hari ni macam biasa, saya bangun pagi. Tapi hari ni awal sikit, 5:00 am saya dah terjaga dan tak mahu tertidur balik. Saya check hand phone ada beberapa text, tapi biasanya tak macam tu. Saya buat apa yang patut, dan apa yang saya biasa buat. Tapi kali ni saya lipat kain, yang saya jarang-jarang buat waktu awal pagi.

Hari ni macam biasa, saya bersiap ala kadar nak pergi kerja. Sebenarnya saya nak cuti hari ni, tapi Prof minta saya datang, ada sikit kerja nak buat. Seminar dia pukul 11:00 am, tapi paperwork dia kena betulkan sikit. Saya buat pembetulan dan buat fotokopi yang macam dia mintak, dan siap pukul 10:00 am.

Hari ni saya walaupun ingat nak cuti, kena pergi office kat Ampang, jumpa CEO. Saya sampai sana lepas lunch. Tiba-tiba dia minta saya buat sikit presentation tentang research saya. Saya cerita serba sikit. Sebab selain CEO, ada ahli lembaga yang lain, saya ditanya itu ini. Saya nak terangkan research saya bukan main punya payah. Serupa mengajar, sebab kebanyakan ahli lembaga bukan dari back ground sains.

Sampai kat Shah Alam, sudahpun pukul 5:00 pm. Saya isytihar pada prof, hari ni saya tak jadi cuti. Hari ni macam biasa, saya kehulu kehilir terangkan pasal research saya. Sebenarnya saya betul-betul hendak cuti hari ni. Saya nak tengok wayang, nak shopping, nak relax-relax kat rumah, nak jogging petang-petang, tapi semuanya tak jadi.. hari ni macam biasa.

Hari ni jadi hari yang terlalu biasa, tak istimewa pun. Macam tahun lepas, dan tahun-tahun sebelumnya. Patutnya saya boleh buat apa saja hari ni. Sebab hari ni hari saya, hari hari lahir saya. Happy Birthday saya!!! Happy birthday jugak buat Atiqah, Hafez & Najib.