Tak perlu betulkan tempat duduk anda. Ya, betul. Blog ini masih lagi bernyawa, masih lagi hidup, sehidup tuan yang empunyanya.
Mulai bulan lalu saya terpaksa memandu 64km setiap pagi ke tempat kerja. Biasanya akan mengambil masa selama 45 minit ke satu jam, bergantung pada laluan trafik waktu itu. Seawal 7:00 pagi sudah mula memanas enjin kereta dan vroom.. ke tempat kerja.
Satu yang buat saya selalu sakit jiwa adalah kerana dalam perjalanan itu saya takkan sunyi dengan lori-lori hantu dan toyol yang membawa muatan pasir dan batu kerikil. Sungguh kasihan kereta saya, sekali-sekala terkena juga batu kerikil yang berhamburan dari lori yang lajunya mengalahkan Barrichello. Sungguh saya sakit jiwa, rasa mahu mati. Sekali lori-lori hantu dan toyol ini berlalu, terus-terusan berkumpulan. Sudahlah jalannya macam ular kena palu!
Kalau lori-lori hantu dan toyol ini buat saya rasa mahu mati, kalau si backhoe ada di depan pula buat saya mahu bunuh diri. Bayangkan saya cuma boleh bergerak 20km sejam! Paling indah nian bila si backhoe Quasibodoh ini juga jalan bergroup-groupan. Saya rasa malu pada biawak dan monyet di sepanjang jalan!
Senario yang sama saya akan hadapi juga dalam perjalanan pulang. Sungguh 128km yang sangat menyeksakan. Sampai sahaja di rumah, biasanya hari sudah pun beransur malam. Perut sudah mula menyanyi minta diisi, dan sudahnya pukul 10 malam mata sudah layu keletihan. Esoknya pukul 5:30 pagi sudah mahu bersedia lagi untuk perjalanan saya yang kejam. Internet, blogspot, e-sastera dan e-mail sudah pun hilang taringnya.
Walau bukan sepenuhnya kerana perjalanan ke tempat kerja, saya terlalu ingin sekali berhenti kerja. Cari kerja lain. Mahu tinggalkan kerja yang saya telah buat lebih 3 tahun ini. Mahu buat kerja yang lain. Kawan saya kata saya sudah gila. Mahu cari kerja lain walau kerja sekarang sudah boleh menjamin hidup sampai pencen. Tapi saya masih mahu cari kerja lain, yang lebih saya jiwai (cehhh.. piiirah!). Sesiapa boleh bagi saya kerja kosong? Gaji boleh runding. Cukup makan, pakai, sewa rumah dan ansuran kereta sudahlah. Kerja jadi housewife ke? Hahahha...
1 comment:
erm...saya ke tempat keje awak seminggu sekali je pun da cukup sakit..tapi...x de jalan lain ke selain tukar keje?nape x tuka tmpt tgl jer..??
Post a Comment