Aku rasa nak menangis sekarang. Aku nak menjerit. Aku nak baring atas rumput hijau dan melihat bintang berkerlipan di dada langit malam. Aku nak lari, jauh dari sini.
Pathetic.
Kalau engkau dengar apa yang aku rintihkan sekarang, engkau fahamkah? Engkau ambil kisahkah? Engkau pedulikah? Kalau engkau sempat dengar butir bicara aku sebelum gagang kau letakkan, engkau ambil pusingkah?
Pathetic.
Sungguh memalukan perkara ini untuk makhluk seusia aku. Jurnal yang tak bersalah ini jadi gelanggang aku menyepah kata duka aku pada engkau. Semua orang baca dan tahu. Engkau tak. Kalau pun engkau baca dan tahu, engkau mahu ambil pusingkah?
Selalu aku kata dan kotakan yang kau takkan seorang dalam segala apa keadaan pun. Dan kerana janji itu, aku bersedia dari segala hal, dalam setiap masa, di mana pun juga untuk engkau. Dan kerana janji itu juga, separuh hidup aku hampir semuanya untuk engkau. Engkau ambil pusingkah?
Pathetic.
Dan bila kesumat itu datang sekali sekala, aku terlalu ingin nak jadi manusia kejam untuk engkau. Aku teramat sangat ingin melihat engkau menangis seorang, merajuk seorang dan bersedih dengan diri engkau sahaja. Tapi aku tak mampu. Kerana janji itu.
Pathetic.
Engkau tak ambil pusing kan? Dan mungkin juga perasaan ini datang sebab aku kurang baca Al-Quran.. Harap akulah.
Wednesday, June 22, 2005
Monday, June 20, 2005
Prolog setengah tahun
Sedar tak sedar, tahun 2005 sudah tinggal separuh. Kalau main bola sepak, separuh masa pertama cuma dihabiskan untuk membasahkan baju. Separuh masa ke dua baru pulun habis-habisan, mati-matian. Tak ada injury time, tak ada penalty kick. Aku belum berjaya jaringkan gol; ada defender yang bagus, goal keeper tinggi lampai, lawan yang kuat mengasak.
Sayangnya aku tak perasan rupanya aku main sorang diri dalam permainan ni.
Sekarang bukan masanya nak menangguh-nangguh perkara kebajikan, bukan masanya nak melengah-lengahkan kebaikan, bukan masanya nak bermalas-malasan. Tak boleh lagi merasa dengan otak dan berfikir dengan hati. Bukan juga masanya nak meletak ilham jiwa di kepala lutut. Bosan dan fed-up juga tak boleh digunakan sebagai kata harian.
Sayangnya aku tak perasan rupanya.. rupanya.. resam minyak tetap minyak, resam air tetap air.

Subscribe to:
Posts (Atom)