Monday, February 14, 2005

Yang laut, yang darat

Dia tanya aku lagi. Soalan yang sama, bentuk yang berbeza. Aku tak jawab macam biasa. Atau jawapan aku akan tetap sama.
__________

Dia tanya aku, bila aku mungkin ditukar ke sana. Jawatan itu masih kosong. Boss di sana berkali-kali bertanya pasal aku. Tugas yang banyak sedang menunggu. Boss aku jugak berkali-kali melarang aku ke sana. Big Boss pun bagi larangan yang sama. Surat yang dihantar takkan dilayan! Kalau kau betul-betul tanya aku, aku mahu di sini atau di sana, aku sendiri tak tahu.

Aku boleh tulis surat lagi. Aku boleh bercakap dengan Boss dan Big Boss. Aku boleh buat apa-apa yang kau suruh. Tapi aku sendiri tak tahu. Aku di sini boleh, di sana pun boleh. Passion aku pada Chemistry belum habis, jodoh kami sungguh lama. Aku sendiri tak tahu!
__________

Dia yang lain tanya aku, malam ni aku free tak? Kau tanya lagi, walhal kau tahu jadual malam Isnin aku. Mula dari kau kata keluar makan, kau tukar kepada jalan-jalan, kemudian lagi kau tukar jadi dating dan terakhir sekali, hari ini jadi teman Valentine.

Tapi ada satu benda masih takkan berubah, status kau dan aku. Jauhkan teori enggang-pipit itu. Aku sudah beritahu, kau boleh cari aku lagi lepas kau graduate dari sini, lepas aku tak bertanggung-jawab atas markah dan kelas kau. Aku sangat pasti dengan polisi kau dan aku. Kalau polisi itu tak terlibat sekalipun, mungkin aku masih tak mahu. Jangan tanya aku lagi. Aku jadi serba salah.
__________

Soalan-soalan berulang buat aku jemu. Aku pejam mata sebelah dan buat-buat tak tahu. Dan ketika aku menaip, ada lagu tema didendang dalam otak subconcious aku.. "yang darat balik ke darat, yang laut balik ke laut"