Aku sudah mula malas menulis dan malas membaca. Aku sudah mula kekeringan idea. Atau aku sudah mula menyampah dengan aku? uhh, jangan! Aku paksa diri menulis, sebab nanti orang kata blog aku dah mati (walau sebenarnya dah nazak). Dengan kemenyampahan itu jugak, aku tak mahu cerita pasal aku kali ni. Mungkin aku kena bercerita pasal orang lain. Orang yang lain selain aku. Contohnya Fauzan.
Fauzan kawan aku sekolah rendah. Dia sudah besar, bermisai dan berjanggut, tapi aku masih cam dia. Dia bawa perempuan comel yang dikata bini. Shahrin pun kawan sekolah rendah dan jiran depan rumah. Shahrin bakal arkitek. Shahrin ada kawannya yang hitam manis tinggi lampai itu. Shidah tinggal sebelah rumah Shahrin. Shidah sudah sibuk melayan si Ahmad sambil mendukung si Aiman. Suhana si engineer duduk PJ. Rumahnya seberang padang seberang jalan rumah aku. Suhana dan aku selalu kata "who's next?" atau "there she/he goes" dengan senyum kelat yang melekat. Si Fuad cikgu UPM duduk sebelah rumah Suhana. Dulu masa main titik-titik pen hitam pen merah atas buku matematik aku dia selalu kata "pokoknya pokok kelapa L". Aku tak faham, sampai sekarang.
Suhaimi, Izhan, Wati, Irwan.. aku tak dapat cerita semuanya. Semuanya kawan-kawan aku masa sekolah rendah. Jumpa kawan sekolah rendah, aku rasa masih hingusan. Hai.. setelah dimudik dihilir tetap sebulat semuara.. harap-harap akulah!
3 comments:
Looking for information and found it at this great site...
» »
Very cool design! Useful information. Go on!
» » »
Very cool design! Useful information. Go on! Texas holdem canada Palm goedkope headsets Hard phentermine Holiday bingo boards ceramic cooktops
Post a Comment