Thursday, July 29, 2004

2 Things i hate about you..

Ha ha.. Hari ni aku free.. FREE, ha ha.. boleh gelakkan orang yang jadualnya ketat sendat padat. Ha ha.. Syukur, Tuhan kurniakan aku hari Khamis yang mulia kasi aku rehat cukup-cukup. Even tak payah fikir pasal ke mana hilangnya tong air suling aku. Ha ha.. esok orang pulak gelakkan aku, gelakkan sampai hari Sabtu!

Hari ni awal pagi lagi aku dah rasa sayu, suddenly terkenang cinta K3G Naina pada Rahul. Kata Naina "Takpelah kalau kisah cinta aku tak berkesudahan, tapi janji dengan aku, tamatkan kisah cinta kau Rahul". Oh, rasanya macam tu. Aku tak mahu jadi Naina, atau Rahul. Aku tak mampu jadi Naina, atau Rahul. Jangan mintak aku jadi Naina, atau Rahul. Jangan paksa aku.

"I hate it when you're not around
And the fact that you didn't call,
But mostly I hate the way I don't hate you;
Not even close;
Not even a little bit;
Not even at all."
Kat; 10 Things I Hate About You


Tak apa, yang penting aku free.. FREE, dan masih perasan terkena bahana cinta sayu. Relevan?.. entahlah. Sekejap, aku check PEA aku.