Friday, June 15, 2007

Hey kamu, dengar sini


Kami membesar bersama. Walau pada kebiasaannya dia sentiasa lebih besar daripada saya. Dulu dia 40kg lebih besar dari saya, tapi sekarang sudah tinggal 10kg saja saya ketinggalan. Dan bukan saya yang membesar, itu fakta, haha.

Kalau saya mahu cerita tentang pengecilan saiz badan, saya kurang arif tentang itu. Tapi saya mahu cerita tentang kawan saya tadi. Selama ini saya sentiasa bersyukur dan gembira untuk dia, saya fikir dia sudah happily ever after dengan kawan saya yang seorang lagi, rupanya tidak. Cerita sebelah pihak menunjukkan yang si teruna terkeliru dengan perasaan sendiri, lalu memutuskan hubungan. Saya tak pernah suka dengan cerita sebegini. Kawan saya tadi sedikit tersentak dan hiba. Dia kata dia ok, tapi saya tahu sakitnya tetap berbisa.

Semua orang pernah rasa sakitnya cinta tak menjadi. Semua orang tahu. Kalau yang tidak pernah tahu pun mesti pernah lihat adegan patah hati; menangis, menjerit, membaling itu ini, sembahyang, mengamuk, memaki. Ada adegan dalam televisyen dan alam nyata. Relatifnya adegan putus cinta ini sama sahaja, pahit dan memenatkan. Ada yang makan masa berminggu, berbulan, bertahun dan ada yang sampai sudah lali. Dan saya sebagai penonton pada aksi-aksi begini biasanya cuma mendiam diri, melihat dan mendengar apa yang patut.

Selain penonton, sebenarnya saya juga pernah menjadi orang putus cinta. Saya pilih watak yang paling baik untuk dilakon dan digaya-gayakan, akhirnya saya cuma jadi orang yang menangis 2-3 hari tanpa pelakon tambahan. Kesakitan itu sangat susah nak dikongsikan. Saya kurang sakit pada luka pertama, mungkin kerana saya masih muda dan attention span saya pada dia kurang lama. Luka kedua dan ketiga berlarut-larutan, luka dan sembuh sendiri. Sama macam kawan saya tadi, luka dia kali ini kurang memberi kesan (sebab dia ada penyembuhnya, haha).

Cuma saya ingin sekali memberi amaran, pada kawan saya yang seorang lagi ini, yang saya rasa telah memberi parut pada hati kawan saya, don't mess with my friends. Sekali ini cukup. Kalau kamu buat juga teruk kamu nanti saya kerjakan! Takut tak?

No comments: