Friday, April 27, 2007

Saya nak..

Apa yang saya betul-betul nak buat sekarang?

Saya nak berada di kawasan padang rumput hijau yang luas, yang dihujung rumput tu masih basah dengan air embun. Matahari yang belum terik bersinar masih lagi sembunyi di balik bukit nun di hujung sana. Langit biru terbentang luas tanpa awan yang mengaburi. Angin lembut dan sejuk bertiup sekali sekala ke badan dan rambut saya. Dan ya, saya seorang sahaja dengan pakaian saya yang paling selesa. Tak ada bunyi burung. Tak ada rama-rama. Cuma saya dan padang rumput luas itu. Saya nak baring atas rumput hujau, biarkan baju saya basah sedikit dek air embun, baring menatap langit lepas. Biarkan diri saya dibuai perasaan yang tenteram. Dan telinga saya mahu mendengar lagu ini:

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama

Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah julang bahagia
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu.

No comments: